Tuesday, February 23, 2010

Port - port pancing di sekitar Kuching

Menurut pengalaman saya, port-port pancingan air tawar yang best yang pernah saya try adalah kat sungai siniawan, sungai batu kawah dan sungai sarawak kanan... Tp kalau dah boring, bleh juga try kat kolam, saya syorkan kolam ikan air tawar di kampung semaba lorong 10.. Best gak layan ikan-ikan kat situ...peacock bass pun ada kalau nak try... Tp yang best layan kat sana ialah ikan pacu and patin yang bersaiz besar.. kalau anda tau kat mana lagi port-port best bleh lah recomen kan...

Ikan Patin

Pancingan air tawar adalah salah satu aktiviti sukan memancing yang mempunyai nilainya yang tersendiri. Berbeza dengan pancingan dilaut ataupun air masin, ianya memerlukan skill dan tahap kesabaran yang lebih tinggi dan lebih lasak. Mengapa saya berkata begitu adalah kerana melalui pengalaman saya, untuk memcari dan menjejak satu-satu pandang pancing itu sudah cukup menduga kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental. Hal ini adalah kita terpaksa berjalan kaki didalam hutan meredah belukar semata-mata untuk mencari port pancing yang terbaik. Tidak seperti pancingan laut duduk je dalam bot, sampai port apalagi pancing lah...

Ikan air tawar yang popular